24 Mac 2009

Selatan: 'Berkurung' tak tahan bau busuk

Selatan: 'Berkurung' tak tahan bau busuk

BERITA HARIAN, 23 MAC 2009

Oleh Jamaludin Husin
bhnews@bharian.com.my

SEBUAH lori dikesan berdekatan tempat pembuangan sampah di Taman Warisan, Jalan Junid, Muar, kelmarin.

MUAR: Akibat tidak tahan menghidu bau busuk timbunan sampah sarap dan sisa pepejal yang dibuang secara terbuka di depan kediaman mereka, 250 penghuni di Taman Warisan, Jalan Junid, di sini terpaksa menghabiskan masa berkurung dalam rumah.

Penduduk daripada 40 keluarga itu yang dibelenggu masalah itu sejak tiga bulan lalu adalah sebahagian daripada penghuni rumah pangsa empat tingkat di belakang kawasan perumahan berkenaan selain di penghujung Jalan Warisan.

Mereka bimbang dijangkiti penyakit berbahaya terutama denggi berikutan sampah sarap yang bertimbun berdekatan rumah kini menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.

Tinjauan Berita Harian mendapati terdapat longgokan sampah sarap dan sisa pepejal di bahu jalan sepanjang kira-kira 70 meter berdekatan hutan paya bakau serta mengeluarkan bau busuk yang dapat dihidu sejauh lebih setengah kilometer.

Justeru tidak menghairankan apabila penghuni terpaksa menutup pintu dan tingkap tanpa mengira waktu siang atau malam kerana tidak sanggup menghidu bau yang menyerap masuk ke dalam rumah mereka.

Lebih membahayakan, bahagian bahu jalan yang dijadikan tempat pembuangan sampah sarap secara terbuka itu juga terletak bersebelahan padang permainan kanak-kanak.

Timbunan sampah sarap sering diselongkar anjing liar, termasuk menggonggong bekas plastik sehingga ke tengah padang permainan yang jaraknya hanya kira-kira 10 meter dari tempat pembuangan sampah itu.

Penghuni, Ng Ah Chee, 65, mendakwa sebahagian besar daripada pihak yang membuang sampah di bahu jalan berdekatan dengan rumahnya itu tidak dikenali dan dipercayai dari luar kawasan itu.

Beliau berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu membuang sampah dengan memuatkannya di dalam lori, van, kereta dan motosikal tanpa mengira waktu siang atau malam.

"Saya pernah mengupah pekerja untuk membuang sampah yang dilonggokkan di bahu jalan berdekatan dengan rumah ke kawasan lebih jauh serta memasang papan tanda di sebatang pokok bagi mengingatkan orang ramai supaya tidak membuang sampah di situ," katanya.

Suri rumah, Tan Eng, 34, berkata selain anjing liar, babi hutan dari kawasan hutan bakau berdekatan turut menyelongkar sampah di situ untuk mencari makanan.

Beliau meminta penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan pemantauan berterusan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang membuang sampah di situ.

"Tanpa pemantauan, masalah ini bukan saja tidak akan dapat diselesaikan malah semakin berleluasa, sekali gus menjejaskan kebersihan dan kesihatan penduduk kerana sering dicemari udara kotor," katanya.

Ahli Jawatankuasa Bertindak Penghuni Taman Warisan, Noor Azam Mohd Arjan, 38, berkata yang paling teruk menghadapi pencemaran ialah penghuni rumah pangsa blok B yang kedudukannya hanya kira-kira 50 meter dari tempat pembuangan sampah itu.


P/S: BAHAN BERITA INI DIKIRIMKAN OLEH SAUDARA NOOR AZAM, SAHABAT WAKJAMAN YANG MEMINTA MASALAH TERSEBUT DISIARKAN DI AKHBAR. WAKJAMAN FOWARD BAHAN TU KEPADA RAKAN WAKJAMAN, SDR JAMALUDIN HUSIN, WARTAWAN SAMBILAN BHARIAN/HMETRO MUAR.


20 Mac 2009

YASINAN















PADA 19 MAC 2009, aku dan keluarga buat yasinan. Sebelah petang yasinan untuk perempuan manakala lelaki sebelah malam. Yasinan perempuan pada sebelah petang disertai majlis marhaban sempena cukur rambut anak adik ipar wakjaman, adik Hudadini.

15 Mac 2009

BUNTING 7-UP BOLENG

BUNTING 7-UP yang Boleng tempah dah siap printing dan aku dah serah kat dia. Dia nak anto motor dia masuk Autoshow kat Nilai minggu depan.

14 Mac 2009

DESIGN BUNTING MAJLIS PERKAHWINAN

AKU dah siapkan design bunting penunjuk arah ke rumah pengantin yang ditempah oleh Haji Supaat dari Kampung Melayu Raya Sagil yang akan mengadakan majlis perkahwinan anaknya pada 21 Mac ini. Hari ini aku hantar design tu untuk printing.

13 Mac 2009

DESIGN BANNER MAULIDUR RASUL DAN BUNTING MAJLIS PENGANTIN

Aku terima tempahan untuk design banner majlis sambutan Maulidur Rasul SAW dari AJK Surau Kampung Sungai Rambai, Bukit Gambir. Malam tadi sampai pukul 4 pagi baru tidur, sengkang mata nak siapkan design nak hantar printing sebab majlis akan diadakan pada 17 Mac ini. Design bunting majlis perkahwinan dalam proses, tunggu gambar pengantin belum terima lagi untuk masukkan dalam design. Design bunting untuk Boleng pun dah siap, tinggal hantar printing.

11 Mac 2009

ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-5

Dik jangan termenung, besok mak belikan kek!


HARI ini, Selasa, 10 Mac 2009 bersamaan 13 Rabiul Awal 1430 merupakan ulangtahun kelahiran Muhammad Ikhwanuddin aka Eiwan yang ke-5. Hari ni tak ada belah-belah kek la ye dik!

08 Mac 2009

HANTAR PENGANTIN NIKAH...

Malam ni 7/3/09 aku, Cikgu Nanan dan Wak Giran pergi hantar anak Cik Atan @ A Samad Buang si Hazlan nikah dapat anak aruah Wak Haji Sidek. Selamat Pengantin Baru buat Mohd Hazlan dan Norerniza.
POSING...Aku, Wak Giran dan Cikgu Nanan, macam Do Re mi pulak...

Mohd Hazlan sedang dinikahkan oleh Ustaz Haji Kasmiran Md Esa, jurunikah Pejabat Agama Daerah Ledang bagi kawasan Bukit Gambir.

Dari kiri, Ustaz Taha (Imam 2), Tn Hj Haron (Imam 1), Tok Mohd Hamzah (Ketua Kampung), Tn Hj A Rahman Sulaiman (Wakil Pihak Lelaki) dan Ustaz Hj Kasmiran.

Mohd Hazlan dan isterinya, Norerniza.

04 Mac 2009

HOSPITAL MERSING PERANGI AEDES

MERSING 3 Mac - Hospital Daerah Mersing akan menganjurkan Kempen Memerangi Aedes Peringkat Daerah di kawasan rekreasi Esplanet Kampung Seri Lalang di sini Sabtu ini.

Pegawai Kesihatan Hospital Daerah Mersing, Moktar Pungot berkata, kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran awal kepada penduduk-penduduk di daerah ini mengenai bahaya penyakit denggi yang dibawa nyamuk aedes.

"Pada kempen itu juga, kita akan menggalakkan orang ramai supaya mencari dan memusnahkan tempat-tempat yang berpotensi dan dipercayai terdapat aedes membiak," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kempen tersebut akan dirasmikan oleh Pegawai Daerah Mersing, Datuk Abdul Razak Hassan.

Menurutnya, selain kawasan rumah, perhatian juga harus diberikan kepada premis-premis perniagaan seperti kedai runcit, kedai makan, surau, masjid dan sekolah.

"Saya mengingatkan kepada semua, jika ada tanda-tanda seperti demam, segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan," katanya.

Moktar turut meminta orang ramai supaya memeriksa kawasan rumah sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi mengelakkan wujudnya tempat pembiakan nyamuk aedes.

P/S: Dr Mohtar Pungot@Ahmad adalah anak jati Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir, Ledang.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 4 MAC 2009

03 Mac 2009

WAK MARTOL MENINGGAL DUNIA

Allahyarham Wak Martol (2 dari kiri) ketika aktif dalam Perkumpulan Kempling Parit Kassan.

HARI ini, 3 Mac 2009, salah seorang ahli Perkumpulan Kempling Parit Kassan yang menghidap strok, Marzuki Md Rasip atau lebih mesra dengan panggilan Wak Martol meninggal dunia kira-kira jam 6.30 pagi tadi menjelang subuh.

Dulu beliau seorang ahli kempling yang aktif, tetapi sejak beliau menghidap strok, beliau tidak mengikuti lagi perkumpulan ini.

Pengerusi serta AJK dan ahli perkumpulan ini mengucapkan takziah kepada keluarganya.

AL-FATIHAH