11 November 2010

JIEHA DAPAT 5A UPSR 2010



11.11.2010 Keputusan UPSR 2010 diumumkan. Alhamdulillah, Along Jieha mendapat 5A dalam peperiksaan itu. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan dorongan khususnya semua guru Sekolah Kebangsaan Parit Kasan yang telah memberi didikan dan tunjuk ajar dari tahun 2005 hingga 2010. Hanya dua orang yang mendapat 5A tahun ini, seorang lagi Muhammad Ammar Ali.

11 September 2010

16 Ogos 2010

UiTM EX-STUDENTS' REUNION (NST 16.08.2010)

 The ex-students of Diploma in Business Studies of UiTM Segamat branch at a reunion dinner
The ex-students of Diploma in Business Studies of UiTM Segamat branch at a reunion dinner. NST picture by Hai Rozzaman Jalal

IT may have been a small class reunion, but a group of former business studies students from the Segamat branch of Universiti Teknologi Mara was thrilled to catch up with each other.

The 10 ex-students took the Diploma in Business Studies at UiTM Segamat in 1986.

Organising chairman Suratman Aris, 42, said the effort to trace former students started via the Facebook website, while some were contacted by telephone.


"Much of the planning was done in Facebook because we were scattered in Johor Baru, Kulaijaya, Segamat, Kluang, Batu Pahat, Ledang and Kuala Lumpur.

"I am thankful the plan worked out, and we hope to gather more people in future reunions," he said during the cozy gathering held at a restaurant in Jalan Abdullah Tahir, Johor Baru recently.

He said many of the ex-students were happy to meet up with old friends and they took the opportunity to catch up and reminisce on old times.


Salwani Adlim, 43, said invitations were sent out to many ex-students.

"However, not many could turn up as they had other commitments.

"The reunion was to foster closer ties among UiTM alumni."

07 Ogos 2010

BERITA HARIAN EDISI JOHOR 3 OGOS 2010


Berita Harian Edisi Johor, 3 Ogos 2010 menyiarkan berita pertemuan ex-dbs itmcj.

01 Ogos 2010

METRO AHAD: 1 OGOS 2010, BERTEMU SELEPAS 24 TAHUN

Berita mini gathering ex-dbs itmcj 1986 di yew's cafe, menara maa, johor bahru disiarkan dalam metro ahad 1 ogos 2010.

30 Julai 2010

SURAT PENGHARGAAN DARIPADA KRAFTANGAN MALAYSIA

Terima Surat Penghargaan daripada Kraftangan Malaysia atas sumbangan VCD Kemplingan untuk Promosi Kerja Kahwin 2010 di Muzium Kraf Kuala Lumpur pada 24 Julai hingga 2 Ogos 2010.

26 Julai 2010

METRO AHAD EDISI KARNIVAL GEGARIA HARIAN METRO

Petang semalam pergi Karnival Gegaria Harian Metro kat Tanjung Emas, Muar. Dah pusing-pusing kawasan karnival, dah nak balik tu singgah kat booth cenderahati Harian Metro, sesi bergambar. Untuk saiz A4 harganya RM5 manakala saiz A3 bayar RM20. Aku ambil peluang bergambar sekeluarga dan ambil kedua-dua saiz sebagai kenangan. Aqeel pun pergi ngan papa n mama dia. Masuk metro ahad jugak...



05 Jun 2010

KEMPLINGAN DAN KOMPANGAN DI SENALING, KUALA PILAH






Pada 29 Mei lalu aku bersama Perkumpulan Kempling Parit Kassan telah pergi ke Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bermain kempling sempena majlis perkahwinan anak Kang Rusli Sahari (orang kampung panggil Meli). Datang satu bas dari kampung jam 5.30 petang sampai sana Maghrib dan mula buat persembahan kempling jam 10 malam sebab ada majlis tahlil. Selesai permainan jam 12 tengah malam terus balik sampai rumah jam 2.30 pagi.

Keesokan harinya pula 30 Mei datang lagi ke Senaling, kali ini bersama Perkumpulan Kompang Parit Kassan Dinamik. Datang satu bas dan tiga kereta.

07 Mei 2010

GEMBIRA.....


6 Mei 2010....Kegembiraan jelas terbayang apabila pagi-pagi lagi dah terima sekeping kertas yang mencatatkan empat angka pada ruangan RMnya. Itulah hasil selama empat bulan sejak jadi stringer Berita Harian bermula Oktober 2009. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan memberikan bahan. Jasa kalian tetap ku kenang.

05 April 2010

TANJUNG BALAU - DESARU - ULU BELITONG






Pada 5 April aku dan Eiwan pergi ke Kota Tinggi hantar emaknya berkursus selama 3 hari kat Tanjung Balau. Lepas hantar Eiwan ajak singgah Desaru, tak pernah sampai katanya. Lepas tu dalam perjalanan balik melalui Bandar Tenggara singgah rumah kakak di Felda Ulu Belitong.

28 Mac 2010

EIWAN DAN ALONG JIEHA WAKILI SEKOLAH KE PERINGKAT DAERAH MUAR

Peserta pertandingan mewarna dan hafazan prasekolah pada majlis penyampaian hadiah di SK Seri Bukit Pasir, Muar.

Eiwan sedang menerima hadiah saguhati dan sijil pertandingan mewarna prasekolah

Nurin Izzati sedang menerima hadiah keempat dan sijil pertandingan hafazan prasekolah.

Peserta Kemahiran Hidup SKPK bersedia untuk menerbangkan kapal terbang mereka.

27 Mac 2010, Eiwan dan Along Jieha telah mewakili Zon Bukit Gambir dalam pertandingan mewarna dan kuiz sains peringkat daerah Muar sempena Karnival Koakademik Sekolah Rendah Daerah Muar yang berlangsung di SK Seri Bukit Pasir, Muar.

Eiwan mendapat hadiah saguhati dan sijil. Along pun sama juga. Adik Nurin Izzati yang menyertai pertandingan hafazan mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu. Turut menyertai pertandingan itu kumpulan Kemahiran Hidup yang membawa 'kapal terbang' untuk pertandingan itu.

25 Mac 2010

EIWAN DAPAT TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN MEWARNA




Pada 24 Mac yang lalu, Eiwan telah menyertai pertandingan mewarna sempena Karnival Kokurikulum Akademik Prasekolah Zon Bukit Gambir yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat. Dalam pertandingan itu Eiwan mendapat tempat kedua dan akan mewakili Zon Bukit Gambir ke peringkat daerah yang akan diadakan di SK Seri Bukit Pasir pada 27 Mac. Turut mewakili Zon Bukit Gambir ialah adik Nurin Izzati Mohd Hisham yang mendapat johan dalam pertandingan hafazan kategori perempuan.

24 Mac 2010

ANGAH SERTAI PERLAWANAN BOLA JARING

Isnin 22.3.2010- Perlawanan Bola Jaring Peringkat Daerah telah diadakan di SK Ledang.
SKPK layak hingga ke peringkat suku akhir.
Pasukan bola jaring SKPK.

Angah Dhira (kanan) bersedia untuk menyertai pertandingan bola jaring di Tangkak.

dari kiri : Pn Nor'aini Bt Md Dom(guru pengiring),
Pn Mahani bt Jais dan Pn Nur Anisza bt Md Dali(jurulatih)
dan En Khudhairi B Jais(GPK-KO)

Dipetik dari Blog PSSKPARIT KASAN (terima kasih)

*Balik dari perlawanan itu, Angah Dhira tak sedap badan, muka jadi gelap, mata pulak merah..tanda nak demam la tu..Esoknya memang tak sekolah..demam...

12 Mac 2010

SUKAN SKPK 2010
















Pada Khamis, 11 Mac lalu SK Parit Kasan telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kali Ke-13 berlangsung di padang Sekolah Agama Parit Kassan. Along Jieha, Angah Dhira dan Eiwan turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu dan bawak balik pingat..