07 Mei 2010

GEMBIRA.....


6 Mei 2010....Kegembiraan jelas terbayang apabila pagi-pagi lagi dah terima sekeping kertas yang mencatatkan empat angka pada ruangan RMnya. Itulah hasil selama empat bulan sejak jadi stringer Berita Harian bermula Oktober 2009. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan memberikan bahan. Jasa kalian tetap ku kenang.

05 April 2010

TANJUNG BALAU - DESARU - ULU BELITONG






Pada 5 April aku dan Eiwan pergi ke Kota Tinggi hantar emaknya berkursus selama 3 hari kat Tanjung Balau. Lepas hantar Eiwan ajak singgah Desaru, tak pernah sampai katanya. Lepas tu dalam perjalanan balik melalui Bandar Tenggara singgah rumah kakak di Felda Ulu Belitong.

28 Mac 2010

EIWAN DAN ALONG JIEHA WAKILI SEKOLAH KE PERINGKAT DAERAH MUAR

Peserta pertandingan mewarna dan hafazan prasekolah pada majlis penyampaian hadiah di SK Seri Bukit Pasir, Muar.

Eiwan sedang menerima hadiah saguhati dan sijil pertandingan mewarna prasekolah

Nurin Izzati sedang menerima hadiah keempat dan sijil pertandingan hafazan prasekolah.

Peserta Kemahiran Hidup SKPK bersedia untuk menerbangkan kapal terbang mereka.

27 Mac 2010, Eiwan dan Along Jieha telah mewakili Zon Bukit Gambir dalam pertandingan mewarna dan kuiz sains peringkat daerah Muar sempena Karnival Koakademik Sekolah Rendah Daerah Muar yang berlangsung di SK Seri Bukit Pasir, Muar.

Eiwan mendapat hadiah saguhati dan sijil. Along pun sama juga. Adik Nurin Izzati yang menyertai pertandingan hafazan mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu. Turut menyertai pertandingan itu kumpulan Kemahiran Hidup yang membawa 'kapal terbang' untuk pertandingan itu.

25 Mac 2010

EIWAN DAPAT TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN MEWARNA




Pada 24 Mac yang lalu, Eiwan telah menyertai pertandingan mewarna sempena Karnival Kokurikulum Akademik Prasekolah Zon Bukit Gambir yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat. Dalam pertandingan itu Eiwan mendapat tempat kedua dan akan mewakili Zon Bukit Gambir ke peringkat daerah yang akan diadakan di SK Seri Bukit Pasir pada 27 Mac. Turut mewakili Zon Bukit Gambir ialah adik Nurin Izzati Mohd Hisham yang mendapat johan dalam pertandingan hafazan kategori perempuan.

24 Mac 2010

ANGAH SERTAI PERLAWANAN BOLA JARING

Isnin 22.3.2010- Perlawanan Bola Jaring Peringkat Daerah telah diadakan di SK Ledang.
SKPK layak hingga ke peringkat suku akhir.
Pasukan bola jaring SKPK.

Angah Dhira (kanan) bersedia untuk menyertai pertandingan bola jaring di Tangkak.

dari kiri : Pn Nor'aini Bt Md Dom(guru pengiring),
Pn Mahani bt Jais dan Pn Nur Anisza bt Md Dali(jurulatih)
dan En Khudhairi B Jais(GPK-KO)

Dipetik dari Blog PSSKPARIT KASAN (terima kasih)

*Balik dari perlawanan itu, Angah Dhira tak sedap badan, muka jadi gelap, mata pulak merah..tanda nak demam la tu..Esoknya memang tak sekolah..demam...

12 Mac 2010

SUKAN SKPK 2010
















Pada Khamis, 11 Mac lalu SK Parit Kasan telah mengadakan Kejohanan Olahraga Kali Ke-13 berlangsung di padang Sekolah Agama Parit Kassan. Along Jieha, Angah Dhira dan Eiwan turut mengambil bahagian dalam kejohanan itu dan bawak balik pingat..

11 Mac 2010

STORY PERTAMA DI HARIAN METRO


Hari ini, 11 Mac 2010 buat kali pertama story yang aku tulis disiarkan dalam Harian Metro Edisi Johor. Story tu berkaitan dengan kejadian ribut di Serom 5 Hulu dan Serom 8. Selalu aku hantar story kat Berita Harian saja. Semalam Hazrul yang minta story tu, rupa-rupanya hari ni dah disiarkan kat Harian Metro.

10 Mac 2010

COVER KEJADIAN RIBUT DI SEROM




Hari Selasa malam Rabu kira-kira jam 11 malam lepas hujan aku terima panggilan telefon daripada YB Hamim yang mengatakan Kampung Serom 5 dilanda ribut dan dia bersama Pegawai Daerah Ledang, En Amran Abd Rahman dalam perjalanan ke kampung itu untuk meninjau keadaan. Beliau meminta aku datang ke Serom 5 untuk buat liputan. Aku bergegas ke Kg Serom 5 Hulu dan ketika itu pasukan bomba Tangkak sedang memotong pokok yang menimpa talian elektrik dan tumbang ke jalan.

YB Hamim dan DO Ledang meninjau dan menemui mangsa ribut yang terlibat di Kampung Serom 5 Hulu dan Serom 8.

Aku balik dan sampai rumah jam 1 pagi dan terus buat story. Siap story aku emel ke JB dan terus tidur.

Petang Rabu ketika aku rewang dirikan balai aku dapat panggilan hp daripada Hazrul - Harian Metro Muar suruh foward berita yang aku hantar pada dia. Lepas rewang aku pergi opis dan online sekejap hantar emel kat Hazrul.

Sebelah malam En Nazri, boss Harian Metro Johor telefon aku tanya tentang umur sumber yang aku buat story. Aku terlupa nak tanya Cikgu Selamat umur dia sebab dia masih dalam keadaan terkejut ketika itu.

ULANG TAHUN KELAHIRAN EIWAN YANG KE-6






Hari ini 10 Mac 2010 merupakan hari ulang tahun kelahiran Eiwan yang ke-6. Sebelum tiba harinya dah bawak Eiwan makan kat Parit Rabu. Hari ini emak pulak belikan kek.

09 Mac 2010

ALONG DAPAT NAIB JOHAN KARNIVAL SAINS

Rabu 9.3.2010 - Karnival Panitia Sains peringkat Zon Bukit Gambir telah diadakan di SK Serom 8. Sebanyak 18 buah sekolah telah menyertai karnival ini. SKPK telah menghantar seramai 4 orang peserta bagi pertandingan kuiz iaitu Muhammad Ammar B Ali, Muhammad Amir Imran B Yahya, Muhammad Arif B Mohd Nadzeri dan Khairun Najihah Bt Hai Rozzaman.

SKPK telah merangkul Naib Johan dan akan mewakili Zon Bukit Gambir ke peringkat daerah yang akan diadakan di SK Bukit Pasir pada 27.3.2010.
dari kiri : Khairun Najihah, M.Amir, M.Ammar dan M.Arif

DIPETIK DARI BLOG PSS SKPK