17 Oktober 2023

Redeem your 5% promotional discount code.

Save 5-10% at Express Pharmacy

Dear customer, here is the price of our drugs with coupon:

Medication Price:
Cialis $0.54 / pill
Viagra $0.27 / pill
Levitra $0.99 / pill
Female Viagra $0.76 / pill
Antibiotics/Anti-Depressant/Allergies/Acne And other medications

(copy and paste the link into your browser, don't forget to remove the spaces)

expresspharm24h . com

24 Oktober 2022

LEGAL ACTION ON YOUR COMPANY FOR LONG OVERDUE

Dear infoledang.wakjaman@blogger.com,


Good day


We are IPG Legal ( Customs and International Trade Law Firm) , We are writing you on behalf of our client whose details is also attached regarding the long overdue invoice your company has failed to settle.

We give you from now to 10th November 2022 to settle this long over due invoice or we proceed with legal actions against your company.

Kindly find the attached legal notice which we send by email and currier, for your reference.


Regards


Sean-Hayes     Sean Hayes

IPG Legal

Tel: 82 70 7847 9050

Email: SeanHayes@ipglegal.com

15 November 2018

24 Mac 2018

09 Jun 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA: LANGKAWI DAN PULAU PINANG

CUTI-CUTI MALAYSIA: LANGKAWI DAN PULAU PINANG 07JUN2012 - 09JUN2012




















11 November 2011

BERKUNJUNG KE BUMI KENYALANG...SARAWAK

Wah macam Wakjaman aje yang grad nie!

Meraikan adik ipar, Nurul Atiqah Umar pada majlis Konvokesyen Ke15 UNIMAS, Sarawak pada 22 Oktober 2011.


KUNJUNGAN tiga hari tiga malam ke Kuching, Sarawak, pada 21 Oktober hingga 24 Oktober 2011, baru-baru ini dirasakan amat singkat apatah lagi ia merupakan kali pertama penulis menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang itu.

Kebetulan pula, adik ipar penulis menghadiri Konvokesyen Kali Ke-15 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan dan ini memberi peluang kepada penulis serta keluarga ‘makan angin’ di sana.

Walaupun hanya tiga hari, kesempatan berkunjung ke beberapa destinasi menarik tidak dilepaskan begitu saja malah nama-nama tempat dan makanan Sarawak yang cuma diketahui melalui media atau bualan orang dapat dikunjungi dan dinikmati.

Selama tiga hari di sana, penulis memandu sendiri kereta Kancil yang disewa berpandukan kenalan adik ipar yang sememangnya orang Sarawak sebagai ‘pemandu pelancong’ kami membawa ke destinasi tertentu seperti UNIMAS, Bandar Kuching dan Pasar Minggu Serikin.

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Senai, Johor pada pukul 10 malam setelah menempuhi penerbangan selama satu jam 25 minit. Dari lapangan terbang menaiki kereta ke hotel penginapan di Hotel Abell yang jaraknya kira-kira 20 minit perjalanan.

Selepas daftar masuk, perut berkeroncong lalu turun mencari tempat makan di kawasan berhampiran. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 12 tengah malam dan kami menjamu selera di RJ Ayam Bakar Kopitiam yang terletak bersebelahan hotel penginapan.

Selepas mengisi perut, kami ke bilik penginapan untuk merehatkan badan yang keletihan bagi menyediakan tenaga untuk perjalanan keesokan harinya.

Hari Pertama:

Sabtu, 10 pagi

Kami bergerak dari hotel penginapan dengan dua buah kereta menuju ke Kota Samarahan di mana berlangsungnya majlis Konvokesyen Ke-15 UNIMAS yang dirasmikan oleh Pro Canselornya iaitu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Suasana meriah di sekitar kampus dengan kehadiran keluarga penerima ijazah di samping medan Pesta Konvo yang menyediakan pelbagai juadah, barangan cenderahati, jambangan bunga dan khidmat fotografi.

Bagi keluarga yang tidak dapat masuk ke Dewan Tunku Abdul Rahman Putra di mana berlangsungnya majlis konvokesyen, mereka melihatnya menerusi paparan di televisyen gergasi yang disediakan pihak UNIMAS.

Seronok melihat gelagat graduan yang menerima ijazah pada sidang pertama mengabadikan kenangan bergambar bersama-sama keluarga sambil menerima sejambak bunga dan teddy bear meraikan kejayaan masing-masing.

6 petang


Selepas berehat di hotel penginapan, kami keluar ke bandar dan destinasi yang dituju ialah replika kucing di tengah-tengah bandar Kuching. Jam 6 petang di sini suasananya sudah gelap berbanding di Semenanjung yang masih terang benderang. Replika beberapa ekor kucing dengan pelbagai gaya yang dibina oleh Majlis Bandaraya Kuching Utara (MBKU) menjadi tarikan pelancong bergambar sebagai kenangan berkunjung di Bumi Kenyalang ini.


Sebagaimana pengunjung lain, penulis bersama keluarga turut mengambil gambar kenangan di situ malah setiap kali melalui jalan berkenaan tugu itu tak lekang dengan kunjungan mereka yang ingin bergambar.

8 malam

Tidak sah rasanya kalau datang ke Sarawak tidak membeli ole-ole untuk dibawa pulang ke Semenanjung. Sekurang-kurangnya rantai kunci yang bercirikan kraf Sarawak dijadikan kenangan. Kami mengunjungi sebuah kedai berhampiran Waterfront yang menjual pelbagai barangan cenderahati, kain sarung, kain batik dan pua kumbu.

Teringin untuk merasa makanan yang diperbuat daripada sagu rumbia iaitu Tebaloi yang terkenal di Sarawak, kami mendapatkannya di kedai tersebut untuk dibawa pulang.

9 malam


Satu lagi pesanan rakan-rakan di kampung, jika ke Sarawak jangan lupa dapatkan ikan terubuk masin yang segar. Kami ke Pasar Awam Satok dan ketika itu hanya ada satu gerai yang masih menjual ikan terubuk masin. Dengan harga yang berpatutan, kami membeli beberapa ekor untuk dibawa pulang. Apa yang menariknya, ia siap dibungkus di dalam kotak bagi memudahkan pembeli membawanya sama ada dimasukkan ke dalam bagasi atau di dalam kapal terbang.

Hari Kedua:

Ahad, 7 pagi

Kami keluar dari hotel penginapan seawal jam 7 pagi dan perancangannya mengunjungi Pasar Minggu Serikin di daerah Bau. Sebelum itu, kami menuju ke Jalan Satok untuk sarapan pagi di sebuah restoran iaitu De Tamu Cafe.



Kami mencuba makanan istimewa yang terkenal di sini iaitu mee kolok dan laksa Sarawak.




8 pagi

Dalam keadaan hujan penulis memandu ke Pekan Serikin yang jaraknya kira-kira 58 kilometer daripada Bandaraya Kuching atau sejam lebih perjalanan. Melalui jalan raya yang dibasahi hujan, kami memandu dengan berhati-

hati sambil melihat pemandangan di sepanjang perjalanan sama ada kampung tradisional mahupun kawasan hutan.

Singgah sebentar di Stesen

Minyak Petronas Tasik Biru untuk membeli makanan dan minuman ringan bagi mengalas perut sebelum meneruskan semula perjalanan ke Serikin.

9.30 pagi

Kami tiba di Pekan Serikin yang terletak di daerah Bau bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Cuaca redup dilitupi mendung tetapi menurut cerita rakan-rakan yang pernah datang ke sini seelok-eloknya datang awal pagi kerana cuaca amat panas pada sebelah tengah hari.

Selepas membayar RM2.00 untuk memasuki kawasan letak kereta, kami memulakan ‘penjelajahan’ dari satu gerai ke gerai yang lain. Dianggarkan lebih daripada 500 gerai sepanjang satu kilometer yang menjual pelbagai barangan seperti tikar sarawak, pua

kumbu, baju, kain batik dan pelikat, kasut, cenderahati, peralatan dapur, kain telekung dan pelbagai jenis barangan.

Kebanyakan peniaga di sini terdiri daripada warga Indonesia selain penduduk tempatan. Harga barangan yang dijual memang berbeza namun jika pandai membuat tawar menawar, kita akan mendapat harga yang lebih murah.

Untuk ‘menjelajah’ kesemua gerai yang terdapat di Pasar Minggu Serikin ini memang melenguhkan kaki tetapi kita seperti tidak menyedari telah berjalan lebih satu kilometer disebabkan leka melihat barangan yang dijual.

Cuaca pada hari tersebut tidak mengizinkan kami bergerak untuk mengunjungi kesemua gerai yang ada apabila kira-kira setengah jam berada di situ, hujan turun dengan lebat dan membataskan pergerakan kami.

Setelah berada hampir dua jam setengah di Serikin, kami bertolak pulang ke Kuching dengan membawa beberapa barangan yang dibeli antaranya tikar Sarawak dan tikar kayu Pontianak.

8 malam

Malam terakhir di Kuching kami keluar dari hotel penginapan untuk menikmati makan malam dan mengunjungi TopSpot Seafood Centre Kuching. Medan selera ini memang terkenal dan sentiasa dipenuhi pelanggan malah kami terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan meja yang kosong.

Di sini kami menikmati makan malam di Muslim Seafood dengan beberapa menu yang agak asing dan tidak ada di Semenanjung antaranya Ayam Pansuh yang dimasak di dalam buluh, Umai, sayur midin masak belacan, siput buluh masak kari dan lobster black pepper.

Harga makanan di gerai tersebut memang berpatutan dan hidangannya amat menyelerakan.

9.30 malam

Selesai makan malam, kami ronda-ronda sekitar Bandar Kuching. Kami menikmati keindahan malam di tepi sungai dari sebelah Selatan Kuching melihat suasana Waterfront yang bergemerlapan sambil menyaksikan sampan penambang membawa penumpang menyeberangi sungai.

Selepas puas menikmati keindahan Bandar Kuching, kami pulang ke hotel penginapan untuk mengemas barang-barang yang dibeli untuk dibawa balik ke Semenanjung.

Hari Ketiga:

Isnin, 8 pagi

Hari ini kami pulang ke Johor dengan penerbangan jam 10.40 pagi. Selepas bersiap-siap dan daftar keluar dari Hotel Abell kami bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Rasanya tiga hari di Sarawak terlalu singkat dan masih belum puas lagi. Banyak lagi tempat yang masih belum dikunjungi. Sekiranya ada kesempatan, Sarawak akan dikunjungi lagi.

22 Mac 2011

SHOOTING RANCANGAN WARISAN BERZAMAN TV1






Pada 16 dan 18 Mac lalu, krew penerbitan program Warisan Berzaman untuk siaran TV1, Anugerah Media Network Sdn Bhd yang diketuai penerbitnya, Haji Roslan Kassim mengadakan penggambaran majlis rewang dan kenduri kahwin di rumah Wak Misuan Abu. Krew AMN turut membuat penggambaran pembuatan kuih tradisional di rumah Pn Asiah Kamis. Pada sebelah malamnya diadakan penggambaran permainan kumpulan kempling. Program itu dihostkan pelakon Ungku Ismail Aziz.