05 Jun 2010

KEMPLINGAN DAN KOMPANGAN DI SENALING, KUALA PILAH






Pada 29 Mei lalu aku bersama Perkumpulan Kempling Parit Kassan telah pergi ke Senaling, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bermain kempling sempena majlis perkahwinan anak Kang Rusli Sahari (orang kampung panggil Meli). Datang satu bas dari kampung jam 5.30 petang sampai sana Maghrib dan mula buat persembahan kempling jam 10 malam sebab ada majlis tahlil. Selesai permainan jam 12 tengah malam terus balik sampai rumah jam 2.30 pagi.

Keesokan harinya pula 30 Mei datang lagi ke Senaling, kali ini bersama Perkumpulan Kompang Parit Kassan Dinamik. Datang satu bas dan tiga kereta.