31 Julai 2009

VIDEO LAWATAN PRASEKOLAH SKPK DI PUTRAJAYA

Di bawah ini Wakjaman buatkan video lawatan murid-murid prasekolah SK Parit Kasan di Putrajaya.


29 Julai 2009

LALUAN BERLUBANG BERBAHAYA


HARI ini jawapan YB Hamim Samuri terhadap jalan rosak disiarkan dalam Berita Harian.

27 Julai 2009

JALAN ROSAK SUKARKAN PETANI


HARI ini gambar aku masuk surat khabar Berita Harian berkaitan dengan jalan rosak di Jalan Benteng yang menghubungkan Parit Kassan dengan Simpang 5 Darat.

22 Julai 2009

GAMBAR LAWATAN PRASEKOLAH SKPK DALAM I-METRO



Gambar semasa lawatan ke Putrajaya murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Parit Kasan yang Wakjaman hantar ke i-Metro Harian Metro telah tersiar hari ini.

19 Julai 2009

PAK MATLOB TERIMA HADIAH KARYAWAN SASTERA JOHOR


ABDUL Ghani Othman menyampaikan Hadiah Karyawan Sastera Johor kepada Mohammad @ Mokhtar Talib di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 18 Julai - Tokoh pejuang tulisan jawi dan sastera kanak-kanak, Mohammad @ Mokhtar Talib, 72, atau lebih dikenali sebagai Pak Matlob dipilih sebagai penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim Ketujuh di sini semalam.

Anak kelahiran Semerah, Batu Pahat itu dipilih menerima anugerah tertinggi pada majlis tersebut berikutan sumbangan penulisannya yang berjaya mengharumkan nama negeri ini di peringkat nasional dan antarabangsa.

Anugerah itu yang melayakkan beliau menerima wang tunai RM7,000 disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.

Hadiah Sastera Darul Ta'zim diwujudkan sejak 1996 sebagai penghargaan kepada para penulis di negeri ini atas sumbangan mereka dalam mengembangkan bidang sastera dan bahasa.

Anugerah dwitahunan itu dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor dan mendapat kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS), Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ).

Pak Matlob yang juga bekas Pengarang Pendidikan Utusan Melayu (1993-1998) telah menghasilkan 400 buah buku dalam pelbagai bidang, kebanyakannya dalam penulisan jawi dan sastera kanak-kanak.

Pada tahun lalu, UMNO telah memilih beliau untuk menerima Anugerah Melayu Cemerlang manakala di peringkat negeri, Pak Matlob dipilih menerima Anugerah Tokoh Pejuang Jawi daripada Persatuan Penulis Johor sempena Bulan Bahasa dan Sastera negeri.

Beliau juga telah dipilih membentangkan kertas kerja bertajuk Perancangan, Penghasilan dan Pengedaran Buku-Buku Untuk Kanak-kanak dan Orang Muda di Asia pada seminar Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) 1975.

Dalam bidang penulisan jawi, Pak Matlob banyak memberi sumbangan berharga kepada akhbar dan majalah, antaranya beliau pernah mengelolakan ruangan Pandai Jawi dan Belajar Jawi di Utusan Malaysia.

Beliau juga dilantik sebagai kolumnis ruangan Warisan Bangsa di majalah Pelita Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sumbangan beliau dalam sastera kanak-kanak juga dapat dilihat dengan jelas menerusi penulisannya di pelbagai akhbar di negara ini antaranya di Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Utusan Zaman.

Pak Matlob dilahirkan pada 5 Julai 1937 dan pernah berkhidmat sebagai guru selama 36 tahun.

Beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim dan melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

SUMBER: MINGGUAN MALAYSIA, 19 JULAI 2009


TAHNIAH KEPADA PAK MATLOB KERANA DIBERI PENGIKTIRAFAN PADA MAJLIS ANUGERAH SASTERA DARUL TAKZIM DENGAN MENERIMA HADIAH KARYAWAN SASTERA.

14 Julai 2009

ULANG TAHUN KELAHIRAN ANGAH DHIRAH KE-10

Peace Ayah! Jangan lupa belanja KFc tau...!

Hari ni 14 Julai rupanya...laaa...lupa la Ngah ari ni hari jadi Angah....nasib baik nenek cerita pasal henpon dia bunyi dan kuar mesej 10 tahun...rupa-rupanya angah dah set kat henpon nenek....kat henpon ayah ngan mak angah tak set pulak...

tak apa la....angah dah dengo kan...mak ajak pegi KFC malam esok....jadi esok angah kena jawab periksa betul2...malam kita pegi Tangkak...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-10 Angah Dhirah!

12 Julai 2009

WAKJAMAN TERIMA HADIAH KETUA BLOK PORTAL KHABAR ORANG JOHOR

Wakjaman sedang menerima hadiah daripada En Saodi Mat Atar.

Malam tadi Wakjaman dan Cikgu Nanan pergi ke Gunung Ledang Resort, Sagil kerana memenuhi jemputan pihak MEDKOM Pejabat Menteri Besar Johor untuk jamuan makan malam dan penyampaian hadiah untuk Ketua Blok ruangan Sembang Portal Khabar Orang Johor.

Pada majlis itu, Wakjaman menerima hadiah tersebut (Ketua Blok ketiga) yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, En Saodi Mat Atar.

Turut menerima hadiah ialah Ketua Blok pertama, Sdr Rudy dan Ketua Blok kedua, Sdri Pjusfiza.

Terima kasih kepada MEDKOM atas hadiah yang menarik. Semoga program Jelajah Johor Zon B ke daerah Muar dan Ledang berjalan lancar.

Layari Portal Khabar Orang Johor di www.medkom.my.

10 Julai 2009

40 KANAK-KANAK LAWAT PUTRAJAYA

40 kanak-kanak lawat Putrajaya Harian Metro, 10 Julai 2009

09 Julai 2009

MAJALAH KAPCAI JULAI 2009

Majalah KAPCAI bulan Julai 2009 yang memaparkan artikel Konvoi Kelab Jaguh Gambir yang ditulis oleh Wakjaman.

08 Julai 2009

KARNIVAL SUA RASA TV9 DI DATARAN TANJUNG EMAS MUAR

Hari Ahad 5 Julai lepas wakjaman sekeluarga pergi berkunjung ke Karnival Sua Rasa TV9 di Tanjung Emas, Muar. Walaupun keadaan masa tu hujan, namun pengunjung bertali arus mengunjungi tapak karnival itu. Jalan sesak..nak parking kereta pun susah. Nasib baik dapat parking kat belakang rumah kerajaan, dekat sikit berjalan..tapi yang aku musykil kena bayar RM2 untuk parking..yang ambik duit orang yang jual belon kat kawasan tu pulak...aku agak dia ambik kesempatan tu..tapi aku bayar jugak..

Pergerakan untuk mengambil gambar agak terbatas sebab hujan, biar badan kena hujan jangan kamera kena air..he..he..he.Tengok gerai Upin & Ipin.Kat karnival tu dapat menyapa saudara Aziz Desa..angkat tangan je! Kemudian pergi gerai tempat Rohana Jalil, Haiza dan Jaafar Onn nyanyi. Jalan lagi ke gerai Celcom tengok Fahrin Ahmad. Sebelahnya pula booth Pondok-pondok tengok personaliti TV9 dengan kanak-kanak. Lepas tu pergi pameran Al Risalah..sejuk sikit sebab ada aircon.

Dah penat...balik singgah Giant beli sayur.Dan acara seterusnya ialah ngeteh! kat Sungai Mati.

06 Julai 2009

EIWAN SERTAI ROMBONGAN KE KL

PADA 3 Julai lalu, Eiwan bersama 39 orang rakan Prasekolah 5 dan 6 Tahun Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK) telah menyertai rombongan ke Kuala Lumpur. Destinasi pertama yang dikunjungi ialah Putrajaya. Di sini selepas bergambar, semua peserta rombongan makan tengah hari. Lepas tu mereka pergi ke destinasi kedua Petrosains KLCC. Seronok betul masing-masing menikmati pengalaman baru. Destinasi ketiga pula ialah Nilai 3. Lokasi untuk ibu-ibu yang turut serta untuk berbelanja sakan..Rombongan bertolak balik jam 9 malam dan sampai kat rumah jam 11.30 malam.