12 Julai 2009

WAKJAMAN TERIMA HADIAH KETUA BLOK PORTAL KHABAR ORANG JOHOR

Wakjaman sedang menerima hadiah daripada En Saodi Mat Atar.

Malam tadi Wakjaman dan Cikgu Nanan pergi ke Gunung Ledang Resort, Sagil kerana memenuhi jemputan pihak MEDKOM Pejabat Menteri Besar Johor untuk jamuan makan malam dan penyampaian hadiah untuk Ketua Blok ruangan Sembang Portal Khabar Orang Johor.

Pada majlis itu, Wakjaman menerima hadiah tersebut (Ketua Blok ketiga) yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, En Saodi Mat Atar.

Turut menerima hadiah ialah Ketua Blok pertama, Sdr Rudy dan Ketua Blok kedua, Sdri Pjusfiza.

Terima kasih kepada MEDKOM atas hadiah yang menarik. Semoga program Jelajah Johor Zon B ke daerah Muar dan Ledang berjalan lancar.

Layari Portal Khabar Orang Johor di www.medkom.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan