Hari Ahad 5 Julai lepas wakjaman sekeluarga pergi berkunjung ke Karnival Sua Rasa TV9 di Tanjung Emas, Muar. Walaupun keadaan masa tu hujan, namun pengunjung bertali arus mengunjungi tapak karnival itu. Jalan sesak..nak parking kereta pun susah. Nasib baik dapat parking kat belakang rumah kerajaan, dekat sikit berjalan..tapi yang aku musykil kena bayar RM2 untuk parking..yang ambik duit orang yang jual belon kat kawasan tu pulak...aku agak dia ambik kesempatan tu..tapi aku bayar jugak..
Pergerakan untuk mengambil gambar agak terbatas sebab hujan, biar badan kena hujan jangan kamera kena air..he..he..he.Tengok gerai Upin & Ipin.Kat karnival tu dapat menyapa saudara Aziz Desa..angkat tangan je! Kemudian pergi gerai tempat Rohana Jalil, Haiza dan Jaafar Onn nyanyi. Jalan lagi ke gerai Celcom tengok Fahrin Ahmad. Sebelahnya pula booth Pondok-pondok tengok personaliti TV9 dengan kanak-kanak. Lepas tu pergi pameran Al Risalah..sejuk sikit sebab ada aircon.
Dah penat...balik singgah Giant beli sayur.Dan acara seterusnya ialah ngeteh! kat Sungai Mati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan