06 Julai 2009

EIWAN SERTAI ROMBONGAN KE KL

PADA 3 Julai lalu, Eiwan bersama 39 orang rakan Prasekolah 5 dan 6 Tahun Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK) telah menyertai rombongan ke Kuala Lumpur. Destinasi pertama yang dikunjungi ialah Putrajaya. Di sini selepas bergambar, semua peserta rombongan makan tengah hari. Lepas tu mereka pergi ke destinasi kedua Petrosains KLCC. Seronok betul masing-masing menikmati pengalaman baru. Destinasi ketiga pula ialah Nilai 3. Lokasi untuk ibu-ibu yang turut serta untuk berbelanja sakan..Rombongan bertolak balik jam 9 malam dan sampai kat rumah jam 11.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan