24 Februari 2009
KERETA SAPA NI......?
IM LAPOR Gelagat pemandu kereta ini membawa kerusi dengan menyusun di bonet keretanya membahayakan pengguna jalan raya yg lain.Lokasi di Bukit Gambir,Ledang,Johor
JKKK FELDA PASAK ANJUR LAWATAN KE LEDANG
Pengerusinya, Haji Mohd Dom Harun berkata, tujuan program ini untuk memberikan pendedahan kepada Ahli Jawatankuasanya serta para pemimpin belia dan wanita yang terdapat di kampungnya melihat bagaimana sesebuah kampung yang dilawati memajukannya.
"Melalui program seumpama ini, minda mereka lebih terbuka untuk mempelajari cara pengurusan sesebuah kampung bagi diaplikasikan di kampung sendiri," katanya kepada iNFOLEDANG ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke premis Mohd Janis Sdn. Bhd. di Kampung Parit Kassan.
Sementara itu, Setiausahanya, Noh Haji Sitam berkata, antara destinasi yang dilawati ialah Kampung Parit Bugis, Muar yang mengadakan program Homestay, bengkel pembuatan bahulu tradisional dan kraftangan serta persembahan zapin.
Menurutnya lagi, destinasi kedua ialah melawat perusahaan Mohd Janis Sdn Bhd di Kampung Parit Kassan, Bukit Gambir yang baru-baru ini telah memenangi Anugerah Industri Sawit 2007 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Kota Kinabalu, Sabah bagi kategori peniaga buah sawit.
"Selain diberi penerangan mengenai aktiviti syarikat itu, kami juga dibawa ke tapak semaian benih sawit dan pusat ternakan lembu yang diusahakan oleh Pengarah Urusan syarikat itu, Haji Mohd Janis Abu Bakar," katanya lagi.
Tambah Noh lagi, destinasi ketiga ialah melawat Masjid Jamek Dato Abd Ghani Othman di Sagil Parit 2 bagi melihat keindahan seni bina kubah masjid kampung itu kerana rekabentuk itu akan digunakan untuk membina masjid di kampungnya.
Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat sepanjang lawatan tersebut.
19 Februari 2009
EIWAN MASUK LUMBA LARI...
KEJOHANAN OLAHRAGA SKPK KALI KE-12
LEDANG: Kumpulan Hijau muncul sebagai juara keseluruhan dalam Kejohanan Olahraga Kali Ke-12, Sekolah Kebangsaan Parit Kasan (SKPK).
Kumpulan Hijau telah mendapat 375 mata mengalahkan tiga kumpulan lain iaitu Biru (350), Kuning (317) dan Merah (310).
Kejohanan itu telah ditutup rasmi oleh Ketua Kampung Parit Kassan, Mohd Hamzah Basar. Turut hadir pada majlis itu, Guru Besar SKPK, Hajah Munah Abd Majid, Yang DiPertua PIBG, Padil Md Amin, Naibnya, Haji Mohd Janis Abu Bakar serta Guru Penolong Kanan (GPK 1), Haji Mohamad Md Amin.
Dalam ucapannya, Mohd Hamzah menasihatkan para pelajar supaya menseimbangkan di antara akademik dan ko-kurikulum untuk mencapai kecemerlangan.
Tambahnya lagi, bersukan merupakan satu aktiviti yang dapat menyihatkan tubuh badan dan minda para pelajar. -iNFOLEDANG
10 Februari 2009
TAMBAH PENDAPATAN MELALUI KOMPUTER
KLIK PAUTAN DI BAWAH UNTUK KETERANGAN LANJUT.
MANFAATKAN INTERNET ANDA.
Tambah Pendapatan Dengan Email
RM5.00 Setiap Kali Rakan Anda Join
08 Februari 2009
KE JOHOR BAHRU....
Orang rumahku dah berjanji dengan adiknya (adik ipar aku) nak tidur sana sebab sebelah pagi dia kena pergi Pusat Islam Iskandar (PII) ada majlis perjumpaan Guru-guru Agama seluruh Johor mengenai ISO.
Aku tiba kat Mutiara Rini jam 11.00 malam. Lepas sembang-sembang terus masuk tidur.
Jam 7.00 pagi aku dan keluarga dah keluar menuju PII takut jalan jem, majlis mula jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Alhamdulillah jalan tak jem. Dari Mutiara Rini ke Jalan Skudai terus ke Jalan Pantai Lido trafik bergerak lancar.
Aku terus menuju ke Masjid Abu Bakar nak qadha-hajat, pagi-pagi dah meragam pulak perut ni.
Lepas tu pergi ke tempat parkir PPI, Guru-guru Agama dah mula datang memenuhi parkir di situ. Aku dan anak-anak duduk dalam kereta. Buka laptop, ingat nak surf internet free tak ada pulak wireless yang bukak.
Orang rumah dah masuk kat dewan tempat taklimat. Lebih kurang sejam lebih kat kereta, boring pulak. Anak-anak ajak jalan-jalan, nak masuk zoo pun nak tengok apa, binatang masih tidur!. Aku ronda-ronda, main redah je jalan kat JB tu. Aku singgah kat stesen Petronas beli suratkhabar dan jajan anak-anak. Jalan lagi menuju ke Hutan Bandar, lepak kejap baca suratkhabar.
Hari ni cerita bos aku masuk dalam Berita Sawit akhbar Berita Harian. Terus selak muka surat tu, tak adapun gambar aku kat dalam tu. Masa sesi temuramah ada ambik gambo pekerja dengan bos, tak keluar pulak. Tak glamer la muka tak masuk paper, kata Jumrie yang beriya-iya nak masuk paper.
Tengah baca surat khabar, datang sorang budak perempuan jual buku serta vcd. Tanya anak nak ke buku tu, angguk pulak, keluar RM12 untk beli buku tu. Lebih kurang setengah jam kat situ, pusing balik ke PPI.
Jam 12.30, orang rumah selesai taklimat. Dah janji dengan anak-anak nak singgah Danga Bay. Singgah sekejap. Sebahagian kawasan sedang dibaik pulih. Bawak mereka main buai dah penat bawak pulak ke Rumah Limas. Dah penat pusing-pusing kat Rumah Limas, lapar pulak.
Singgah kat JT Ikan Bakar. Oder minuman dan makanan. Air tembikai, fresh oren dan milo ais. Makan nasi goreng kampung, mee goreng dan nasi ikan leleh dan puyuh.
Air sampai. Siap bawa bil bayar sekali. Tengok bil mak oii mahalnya. Air buah satu gelas RM4, Milo Ais RM3. Kalau kat gerai biasa tak sampai macam tu mahal. Air buah pun cuma RM2.50 paling mahal. Kat kampung milo ais baru RM1.20. Apa boleh buat, dah oder.
Datang pulak nasi goreng kampung dengan mee goreng, RM10, maknanya satu pinggan RM5. Aduhhh mahal giler. Biasa kat kampung baru RM2.50. Yang nasi ikan leleh pun dah meleleh harganya. Sekali je la rasanya makan kat situ. Akan datang bila pergi situ kena bawak mangkuk tingkat le gayanya....
Lepas makan balik ke rumah adik ipar kat Mutiara Rini. Sampai simpang nak ke Gelang Patah aku tersalah masuk lorong terus naik atas, dekat dengan menara MPJBT, pusing balik redah je jalan dalam...akhirnya jumpa jugak jalan ke Mutiara Rini. Masih tak sesat lagi aku kat JB ni.
Penat. Tidur kejap. Lepas maghrib bertolak balik ikut lebuh raya. Dalam perjalanan Wak Hj Wahid telefon suruh main kempling, ada budak U datang 13 orang nak buat kajian tentang kempling. Singgah kat R&R Machap. Sambung perjalanan singgah kat Hentian Yong Peng, lelapkan mata sekejap. Sambung balik perjalanan, sampai kat rumah jam 12 malam.
06 Februari 2009
JAIJ TEGAH UMAT ISLAM SAMBUT HARI KEKASIH
JOHOR BAHRU 5 Feb. - Jangan sambut Hari Kekasih, demikian kenyataan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) hari ini yang menasihatkan masyarakat Islam terhadap trend sambutan Hari Kekasih diraikan pasangan bercinta pada setiap kali tiba tarikh 14 Februari. Jabatan itu menegaskan, ini kerana sambutan Hari Kekasih itu bercanggah dengan akidah Islam dan mempunyai unsur-unsur ajaran Kristian yang dibawa oleh masyarakat Barat. ''Ia secara tidak langsung bertujuan melekakan serta merosakkan akidah dan akhlak masyarakat Islam,'' kata kenyataan akhbar JAIJ itu. Sehubungan itu, umat Islam dilarang menyambut Hari Kekasih yang bercanggah dengan agama tersebut. Tambahnya, kenyataan JAIJ itu adalah selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam. ''Lagi pun roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang oleh Islam," katanya. Menurutnya, Valentine merupakan nama sebenar St. Valentino seorang paderi di zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol dan merupakan antara orang yang menghancurkan tamadun Islam di negara tersebut. Justeru itu, katanya, jika umat Islam merayakan hari berkenaan ia seolah-olah bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol. ''Jika seseorang Islam masih berhasrat memberi hadiah kepada seseorang pada hari berkenaan, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep Hari Kekasih,'' tegasnya. SUMBER: UTUSAN MALAYSIA, 6 FEBRUARI 2009 |
04 Februari 2009
Kerja Kosong : Desktop Designer
From: One Touch Creative <satusentuhankreatif@yahoo.com> Subject: Kerja Kosong : Desktop Designer Date: Wednesday, February 4, 2009, 2:07 AM
|
02 Februari 2009
ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-41
Alhamdulillah di atas kurniaan nikmat daripada ALLAH SWT. Amin.