07 September 2009

MENANG PERADUAN ERTI MERDEKA PORTAL KHABAR ORANG JOHOR

Pada 20 Ogos yang lalu, aku menyertai Peraduan Erti Merdeka yang dianjurkan oleh Portal Khabar Orang Kampung (KOJ) (www.medkom.my).

Di bawah ini slogan yang aku tulis:

Dikomen oleh Hai Rozzaman Bin Jalal, August 20, 2009
Pada saya merdeka itu membawa erti jati diri kita sebagai seorang insan bukan sekadar merdeka negara tetapi segala-galanya merangkumi sahsiah diri, amalan, pemikiran, ekonomi, sosial dan keluarga.
Intipati sebenar kemerdekaan terdapat dalam jiwa individu itu sendiri. Apabila kita merasakan jiwa kita telah merdeka, maka tanggungjawab sebagai warganegara dan insan perlu dilaksanakan sepenuhnya.

Hari ini keputusan peraduan itu telah diumumkan di portal KOJ dan aku merupakan pemenang pertama daripada 3 pemenang yang dipilih. Sebanyak 7 penyertaan diterima dalam peraduan tersebut. Alhamdulillah. Hadiah akan diposkan oleh pihak MEDKOM.


Hari ini aku juga menerima kiriman majalah HOLISTIK terbitan Unit Media dan Komunikasi (MEDKOM) Pejabat Menteri Besar Johor yang aku langgan. Majalah itu diberikan percuma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan