20 Oktober 2009

PEMBERITA SAMBILAN @ STRINGER BERITA HARIAN

Semalam tengah hari aku jemput along jieha sebab dia balik sekolah cepat, sekolah agama ada periksa UPKK.

Sampai kat rumah, aku dapat panggilan telefon daripada pejabat Berita Harian Johor berkaitan dengan permohonan jawatan Pemberita Sambilan yang aku pohon.

Lupa pulak nak tanya sapa yang call aku tapi rasa-rasanya Ketua Biro Berita Harian Johor.

Dia tanya kat aku tentang pengalaman aku menulis dan sekarang menulis kat mana dan ditanya masih berminat atau tidak menulis berita.

Aku jawab memang berminat tulis berita lagi. Sekarang pun masih menulis secara sambilan untuk majalah KAPCAI, GILAKERETA, KERETA, OTOMANIA dan PUTERA.

Dia kata boleh tulis berita mulai sekarang dan surat lantikan akan dikirimkan kemudian.

Katanya, tulislah apa sahaja berita yang berlaku di sekitar Ledang sama ada cerita jalan berlubang ke, atau cerita mengenai kehidupan seseorang yang memerlukan pembelaan dan sebagainya.

Pesannya, "tulislah apa sahaja berita tetapi perlu bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis supaya tidak timbul masalah di kemudian hari seperti timbul kes dibawa ke mahkamah".

Banyak ruangan disediakan di Berita Harian Edisi Johor setiap hari. Hantarlah berita dan gambar-gambar yang berkaitan ke Berita Harian Johor.

Petang tadi aku tulis berita tentang Rumah Terbuka Deepavali yang diadakan oleh YB M Asojan dan hantar ke BH Johor. Lepas maghrib aku pergi ke LCCT KLIA jemput abang Ngah dengan kawannya balik dari Sabah dan sampai rumah pukul 12 malam.

Lepas tu aku buat berita mengenai majlis perjumpaan keturunan Daarisah - Mohd Ali yang diadakan pada hari Ahad lepas di rumah Cikgu Yahya. Buat berita tu sampai jam 4 pagi baru send ke BH Johor..ngantuk. Apa pun semangat punya pasal aku gagahkan diri buat berita tu. Ingat pesanan BH Johor.."hantar berita hari-hari".

Oklah sapa-sapa yang nak komuniti atau sekolah mereka terutama di sekitar Ledang sama ada Bukit Gambir, Serom, Sagil, Tangkak, Grisek dan kawasan sekitarnya bolehlah inform kat aku, insyaAllah jika ada kelapangan aku akan hadir jika tidak pun hantar maklumat majlis tersebut dan gambarnya sekali aku cuba buatkan beritanya. Emel je kat eiwan68@yahoo.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan