12 November 2009

DAPAT SMS DARI BH ONLINE...

Ketika sedang sarapan pagi kat warong Joyah aku terima satu sms daripada nombor yang tiada dalam direktori kenalan aku. SMS tu seperti berikut:

11.26AM 12.11.09
Daripada +60192347+++

Assalamualaikum. Sukacita dimaklumkan tuan/puan terpilih untuk pertimbangan sebagai pemenang Peraduan MMS Raya Rakan BH yang baru lalu. Harap tuan/puan dapat kemukakan maklumat diri (nama, mykad, pekerjaan, alamat) kepada BH Online di talian ini hari ini untuk urusan pengesahan dan penyampaian hadiah di Balai Berita jika tuan/puan terpilih. Keputusan pemenang akan kami umumkan esok. Sekian terima kasih. - Pengarang

Akupun berikan maklumat yang diperlukan dan dibalas oleh Pengarang BH.

1.02PM 12.11.09
Daripada +60192347+++

Terima kasih. Nantikan pengumuman pemenang esok.

Untuk Peraduan MMS Raya tu aku hantar 3 penyertaan iaitu gambar raya semasa rumah terbuka YB Hamim di mana tiga kaum duduk semeja. Gambar kedua pula gambar kumpulan marhaban wanita Parit Kassan dan gambar ketiga pula gambar murid-murid SK Simpang 5 Darat dan SJKC Khay Hian yang makan bersama-sama dalam program aidilfitri.

Pemenang untuk peraduan itu akan menerima kamera dan pencetak sumbangan Canon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan