28 Mac 2010

EIWAN DAN ALONG JIEHA WAKILI SEKOLAH KE PERINGKAT DAERAH MUAR

Peserta pertandingan mewarna dan hafazan prasekolah pada majlis penyampaian hadiah di SK Seri Bukit Pasir, Muar.

Eiwan sedang menerima hadiah saguhati dan sijil pertandingan mewarna prasekolah

Nurin Izzati sedang menerima hadiah keempat dan sijil pertandingan hafazan prasekolah.

Peserta Kemahiran Hidup SKPK bersedia untuk menerbangkan kapal terbang mereka.

27 Mac 2010, Eiwan dan Along Jieha telah mewakili Zon Bukit Gambir dalam pertandingan mewarna dan kuiz sains peringkat daerah Muar sempena Karnival Koakademik Sekolah Rendah Daerah Muar yang berlangsung di SK Seri Bukit Pasir, Muar.

Eiwan mendapat hadiah saguhati dan sijil. Along pun sama juga. Adik Nurin Izzati yang menyertai pertandingan hafazan mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu. Turut menyertai pertandingan itu kumpulan Kemahiran Hidup yang membawa 'kapal terbang' untuk pertandingan itu.

1 ulasan:

  1. Membina generasi anak-anak ke arah yg lebih baik. Kakak pun ada anak nama Nurin Izzati. Spelling beza (Nurienne Izzati).

    BalasPadam