23 Februari 2010

POTHOLES PUT HOLIDAYMAKERS OFF

NEW STRAITS TIMES, JOHOR STREETS, TUESDAY FEBRUARY 23, 2010
2010/02/22

THE road leading to the Tanjung Leman picnic and camping area as well as the Tunjuk Laut jetty terminal in Tenggaroh, Mersing, is in dire need of repairs.

  The road leading to  Tanjung Leman  is not properly tarred and poorly maintained.
The road leading to Tanjung Leman is not properly tarred and poorly maintained.

About 0.5km of the road leading to the area is uneven and badly damaged with many potholes.

The poor condition of the road causes a jam, especially during the holiday period.

A holidaymaker who travelled from Johor Baru to Tanjung Leman recently was frustrated after being stuck in the traffic jam.

Mohd Hairunizam Othman, 33, said it was his first trip to Tanjung Leman.

"Friends had told me about the beautiful scenery so I took the opportunity to bring my family here for a picnic during the long Chinese New Year break.

"It took us about an hour and a half to reach Mersing from Johor Baru, but it took us more than 30 minutes just to cover 0.5km to the jetty terminal because the condition of the road was so bad.

"It was frustrating and upsetting. My baby started crying and everyone in the car got flustered when traffic was reduced to a crawl with cars slowing down to avoid the potholes," Hairunizam said.

"Something should be done immediately, otherwise, vacationers will stop coming to this beautiful area."

Berita yang aku tulis kat Berita Harian Edisi Johor di'translate' ke NST Johor Streets.

21 Februari 2010

CUTI CNY DI TANJUNG LEMAN, MERSING

Pada 13/2 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Alang Hj Hamdari di Felcra Sg Ara, Kota Tinggi, aku bersama keluarga dengan 3 buah kereta bergerak ke Tanjung Leman, Mersing. Perancangan awal nak bercuti di Desaru tetapi atas maklumat pakcik Isnin ketika bertemu di Sg Ara keadaan ombak yang kuat dan terdapat chalet di Tg Leman, perancangan diubah di saat akhir.

Kami check-in jam 2 petang dan menempah family room untuk 3 keluarga dengan kadar bayaran RM300 dan kena check-out jam 12 tengahari esoknya.


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

13 Februari 2010

MAJLIS PERKAHWINAN SEPUPU DI FELCRA SG ARA






13/2 pergi jemputan kat rumah Alang Hj Hamdari di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi. Anaknya, Amri melangsungkan majlis perkahwinan. Aku bersama keluarga dan adik-beradik ipar sebelum pergi ke sana, tidur kat rumah adik di Mutiara Rini.

Pagi dalam jam 10 bertolak dari Mutiara Rini ke Kota Tinggi. Sampai di Felcra Sungai Ara dalam pukul 12 tengahari. Lepas makan jumpa sanak-saudara. Lepas tu gerak ke Tanjung Leman, Mersing untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina.

07 Februari 2010

PERTEMUAN STRINGER BERSAMA KETUA BIRO BERITA HARIAN JOHOR








Pagi tadi aku sekeluarga bertolak ke JB, tumpang kereta maman rie untuk majlis pertemuan stringer Berita Harian Johor bersama Ketua Biro BH, Encik Mohd Saufi Hamzah.

Pertemuan dijadualkan jam 11 pagi. Aku tiba kat lokasi jam 10.30 pagi, bawak kereta laju sikit sebab pakai kereta vios maman rie.Sampai kat sana belum ada orang lagi, pergi sarapan kat serambi uda.

Siap sarapan terus naik kat pejabat BH, jumpa En Saufi dan Cikgu Mohd Sah Muda @ Sahlina Sahkirin, stringer Mersing. Baru 2 orang katanya. Ada yang minta tangguh jam 2 petang. Terpaksalah tunggu.

Keluar lagi minum kat serambi uda bersama Cikgu Mohd Sah, Zain Ahmad, Hairul dan Rudy. Dah 2 kali aku datang minum kat situ, tak sampai setengah jam pun. Lepas minum naik semula kat pejabat BH. Dah ada tiga orang stringer yang datang, Abang Jamaludin Husin, Abang Mustapha Ismail dan Abang Bakri Mohd Dahlan.

Sambil menunggu korum, Abang Zain Ahmad, Ketua Jurufoto berikan sedikit penerangan mengenai kualiti dan perkara yang berkaitan dengan gambar yang dihantar. Dapat juga ilmu sedikit sebanyak bagi memperbaikinya.

Kira-kira jam 1 petang, mesyuarat dimulakan. Lima orang stringer saja sambil menunggu yang lain. Kemudian datang Cikgu Amad Bahri Mardi, tak lama kemudian datang Tamam Othman, lepas itu datang pula Cikgu Ahmad Othman. Saudara Kalam Hadi tak datang sebab berada di Indonesia. Togi Marzuki pun tak nampak bayang.

Encik Saufi memulakan pertemuan itu dengan memberikan penerangan berkaitan operasi Berita Harian Edisi Johor serta perkara-perkara yang perlu dibaiki bagi melicinkan operasi BH Johor setiap hari. Beliau turut mendapatkan pandangan dan masalah yang dihadapi oleh para stringer.

Stringer yang hadir: Cikgu Md Sah Muda @ Sahlina Sahkirin (Mersing); Bakri Mohd Dahlan (Johor Bahru); Mustapha Ismail (Batu Pahat); Jamaludin Husin (Muar); Cikgu Amad Bahri Mardi (Kota Tinggi); Cikgu Ahmad Othman (Kota Tinggi); Tamam Othman (Pontian) dan aku (Ledang). Togi Marzuki (Pontian) datang lewat sebab salah informasi.

Selesai pertemuan, makan tengah hari di Serambi Uda. Kali ketiga aku masuk restoran itu dalam masa 3 jam. Selesai makan dekat jam 2.30 petang. Aku suruh Maman Riee jemput dan terus pergi ke rumah Cik Ani kat Mutiara Rini.

Jam 5 petang terus balik bawa kereta vios Maman Rie. Sampai rumah maghrib, malam ada mesyuarat untuk majlis Maulidur Rasul kat balai raya.

06 Februari 2010

HANTAR SEPUPU NIKAH



















6 Februari 2010: Hari ini aku cuti sebab rewang tempat Haji Mohd Amin Munaji. Dari pagi sampai petang. Malam ni sepatutnya aku hadiri Mesyuarat agung Kali Ke-2, Faceless Motor Club (FMC) di Balai Raya Parit Jarum Tengah. Tetapi oleh kerana ada hal lain iaitu hantar sepupu nikah malam ni, aku tak pergi mesyuarat.

Aku sekeluarga gerak ke Kampung Kenangan Tun Dr Ismail (2), Sg Abong menghantar Izad, anak sulong Uda Mis/Uda Limah. Nikah di Surau taman tersebut. Dua kali lafaz, Izad jadi suami kepada Norasyikin Musa.

Lepas nikah, jamuan makan kat dewan sebelah surau itu. Lepas tu majlis berinai dan bergambar. Siap semuanya terus balik sebab pagi esok nak bertolak ke JB ada pertemuan dengan Ketua Biro Berita Harian kat pejabat NSTP Bandar Baru Uda.