6 Februari 2010: Hari ini aku cuti sebab rewang tempat Haji Mohd Amin Munaji. Dari pagi sampai petang. Malam ni sepatutnya aku hadiri Mesyuarat agung Kali Ke-2, Faceless Motor Club (FMC) di Balai Raya Parit Jarum Tengah. Tetapi oleh kerana ada hal lain iaitu hantar sepupu nikah malam ni, aku tak pergi mesyuarat.
Aku sekeluarga gerak ke Kampung Kenangan Tun Dr Ismail (2), Sg Abong menghantar Izad, anak sulong Uda Mis/Uda Limah. Nikah di Surau taman tersebut. Dua kali lafaz, Izad jadi suami kepada Norasyikin Musa.
Lepas nikah, jamuan makan kat dewan sebelah surau itu. Lepas tu majlis berinai dan bergambar. Siap semuanya terus balik sebab pagi esok nak bertolak ke JB ada pertemuan dengan Ketua Biro Berita Harian kat pejabat NSTP Bandar Baru Uda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan