07 Februari 2010

PERTEMUAN STRINGER BERSAMA KETUA BIRO BERITA HARIAN JOHOR








Pagi tadi aku sekeluarga bertolak ke JB, tumpang kereta maman rie untuk majlis pertemuan stringer Berita Harian Johor bersama Ketua Biro BH, Encik Mohd Saufi Hamzah.

Pertemuan dijadualkan jam 11 pagi. Aku tiba kat lokasi jam 10.30 pagi, bawak kereta laju sikit sebab pakai kereta vios maman rie.Sampai kat sana belum ada orang lagi, pergi sarapan kat serambi uda.

Siap sarapan terus naik kat pejabat BH, jumpa En Saufi dan Cikgu Mohd Sah Muda @ Sahlina Sahkirin, stringer Mersing. Baru 2 orang katanya. Ada yang minta tangguh jam 2 petang. Terpaksalah tunggu.

Keluar lagi minum kat serambi uda bersama Cikgu Mohd Sah, Zain Ahmad, Hairul dan Rudy. Dah 2 kali aku datang minum kat situ, tak sampai setengah jam pun. Lepas minum naik semula kat pejabat BH. Dah ada tiga orang stringer yang datang, Abang Jamaludin Husin, Abang Mustapha Ismail dan Abang Bakri Mohd Dahlan.

Sambil menunggu korum, Abang Zain Ahmad, Ketua Jurufoto berikan sedikit penerangan mengenai kualiti dan perkara yang berkaitan dengan gambar yang dihantar. Dapat juga ilmu sedikit sebanyak bagi memperbaikinya.

Kira-kira jam 1 petang, mesyuarat dimulakan. Lima orang stringer saja sambil menunggu yang lain. Kemudian datang Cikgu Amad Bahri Mardi, tak lama kemudian datang Tamam Othman, lepas itu datang pula Cikgu Ahmad Othman. Saudara Kalam Hadi tak datang sebab berada di Indonesia. Togi Marzuki pun tak nampak bayang.

Encik Saufi memulakan pertemuan itu dengan memberikan penerangan berkaitan operasi Berita Harian Edisi Johor serta perkara-perkara yang perlu dibaiki bagi melicinkan operasi BH Johor setiap hari. Beliau turut mendapatkan pandangan dan masalah yang dihadapi oleh para stringer.

Stringer yang hadir: Cikgu Md Sah Muda @ Sahlina Sahkirin (Mersing); Bakri Mohd Dahlan (Johor Bahru); Mustapha Ismail (Batu Pahat); Jamaludin Husin (Muar); Cikgu Amad Bahri Mardi (Kota Tinggi); Cikgu Ahmad Othman (Kota Tinggi); Tamam Othman (Pontian) dan aku (Ledang). Togi Marzuki (Pontian) datang lewat sebab salah informasi.

Selesai pertemuan, makan tengah hari di Serambi Uda. Kali ketiga aku masuk restoran itu dalam masa 3 jam. Selesai makan dekat jam 2.30 petang. Aku suruh Maman Riee jemput dan terus pergi ke rumah Cik Ani kat Mutiara Rini.

Jam 5 petang terus balik bawa kereta vios Maman Rie. Sampai rumah maghrib, malam ada mesyuarat untuk majlis Maulidur Rasul kat balai raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan