02 Mei 2009

1 MEI: BERCUTI KE MELAKA


1 MEI merupakan cuti Hari Pekerja. Wakjaman sekeluarga pergi bercuti ke Melaka. Anak-anak ajak ke Taman Mini Malaysia di Air Keroh. Anak-anak seronok dapat melihat rumah-rumah yang terdapat di setiap negeri di Malaysia.

Kebetulan 1 Mei jatuh pada hari Jumaat. Wakjaman solat Jumaat di Masjid Al-Alami, MITC, Air Keroh dan selepas solat Jumaat pergi pula ke Mydin Hypermarket MITC yang baru dibuka. Sesak dengan manusia yang ada duit untuk berbelanja pada harga borong. Harga barangnya memang berbaloi.

Lepas jenuh pusing-pusing di Mydin terus balik dan singgah di Sagil untuk 'methang'!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan