Pagi lepas ambik suratkhabar, terus pergi SK Simpang 5 Darat cover majlis Hari Pasar Ria dan Sukaneka anjuran bersama SKS5D, Pergerakan Wanita UMNO dan Mawar Zon Gambir Selatan yang penutupan rasmi dilakukan oleh YB Hamim Samuri. Nak ambik gambar kat padang pun nak tak nak sebab hujan, sayang kat kamera..tapi ambik jugaklah pinjam payung.. Sukaneka tu membabitkan 15 cawangan Pergerakan Wanita. YB Hamim datang pukul 12 tengah hari, hujan tak lebat sangat.
Tahniah kepada murid prasekolah SK Parit Kasan kerana dapat hadiah johan dan saguhati bagi kategori mewarna. Murid yang dapat johan ialah Faziana K Affendi manakala yang dapat saguhati ialah Mohd Irfan Mohd Karim (6), Nur Nazira Salleh (11) dan Haziq Fikri Mohd Sairan (13).
Lepas majlis perasmian dan penyampaian hadiah, aku buat sedikit rakaman klip video ucapan YB Hamim untuk melancarkan sebuah grup di Facebook yang diberi nama 'KOMUNITI LEDANG'. Bagi warga Ledang ataupun yang tinggal kat Ledang dan ada akaun Facebook, boleh join grup ini melalui pautan kat atas tu. Selesai assignment tu aku balik, dah dekat pukul 2 petang, janji dengan orang rumah nak pergi jemputan kat Tangkak.
Pukul 2.30 petang gerak pergi Tangkak. Kawan orang rumah kahwin dekat Jalan Sialang. Lepas makan dan salam 'keruwek' terus pergi pekan Tangkak. Nak cari langsir katanya, untuk raya. Aku tak pandai pilih, biarlah dia yang pilih..
Lepas siap beli kain langsir, ada program lain pulak. Mertua ajak tengok besan lelakinya kat Hospital Muar. Janji lepas asar perginya tapi masih awal lagi. Aku cadang kat orang rumah dan anak-anak, kita jalan-jalan dulu kat Muar. Sebelum tu singgah beli cendol sagu rumbia kat gerai tepi jalan Kg Solok.
Sampai Muar, orang rumah nak 'tekan dinding' dulu (nak ganti duit abis beli langsir la tu..). Kemudian pergi lepak kat Tanjung Emas. Anak-anak Jieha, Dhira dan Eiwan seronok main buai dan gelongsor. Aku lepak tepi sungai ngan orang rumah. Dah puas rehat kat Tanjung, pergi masjid pulak, solat Asar.
Along tengah buai Eiwan, Angah melayan buaian...
Posing kat tepi sungai dekat Tanjung Emas (masa bercinta dulu tak dapat nak bergambar macam ni...he3)
Lepas solat nak pergi hospital..sampai depan padang Sekolah Tinggi Muar ada ramai orang siap ada polis, bomba dan ambulan..ada apa ni? Ni mesti ada helikopter nak turun ni sebab kat tengah padang ada tanda kuning. Aku berhentikan kereta depan bangunan Sultan Abu Bakar. Si Eiwan dah merajuk kenapa berhenti kata nak pergi hospital.
Aku pujuk dia, kita berhenti sekejap..kita tengok helikopter nak turun kat padang tu..nanti adik boleh cerita kat kawan-kawan kat sekolah, adik tengok helikopter turun. Eiwan tanya dia bawak sapa Yah? Helikopter tu bawak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Jam 6 petang helikopter putih berlegar-legar kat udara dan kemudian landing kat padang. Sejurus kemudian TPM bersama isteri turun. Aku sempat rakam video dan ambik gambar guna handpone je..
Lepas tengok helikopter terus pergi hospital..Wad 3 emak dan bapak mertua dah tunggu. Terus tengok Haji Othman bapak mertua Cik Anie. Jumpa pulak orang kampung kat katil depannya, Khairi akan Jumani patah tangan. Dah selesai melawat, turun nak balik. Sampai separuh jalan jumpa Bob dan Musa Buah, tanya nak ke mana...katanya nak tengok Hamid Jono kat wad 5. La..aku tak tau Hamid dah bawak balik Muar sebab ari tu masih kat hospital JB.. Aku pun naik lagi ke wad 5 tengok sahabat karib aku tu..Keadaannya dah ok cuma masih mamai sikit sebab kesan hantukan kat kepala masa xciden ari tu.
Dah pukul 7 terus balik dan lepas Isyak pergi kenduri kat rumah Endan...Balik kenduri baring-baring kat depan tv........sedar jam 1 beralih kat bilik peraduan...penat dan letih sehari suntuk ada aktiviti...tak sempat nak online malam tu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan