21 Ogos 2009

PEWARIS PESILAT DILATIH DARI KECIL

Ditulis oleh Hai Rozzaman Jalal
Khamis, 20 Ogos 2009 00:00 | 9 hits
SEMBAH...Pesilat Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat sedang membuat persembahan pada majlis keramaian sekolah.










SEMBAH...Pesilat Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat

sedang membuat persembahan pada majlis keramaian sekolah.



















LEDANG: Untuk melatih seseorang supaya mahir dalam sesuatu
bidang sehingga mereka benar-benar menguasainya memerlukan
jangkamasa yang panjang.

Begitu juga halnya untuk melatih silat, satu bidang yang memerlukan
ketekunan dan minat yang mendalam.

Demikian pendapat jurulatih silat, Jamil Samaon, yang
dipertanggungjawabkan melatih 26 murid Sekolah Kebangsaan
Simpang 5 Darat yang berusia di antara 7 hingga 8 tahun.

Menurutnya, latihan selama satu setengah jam setiap hari
Jumaat itu masih tidak mencukupi untuk membolehkan kanak-kanak
tersebut menguasai gerak langkah dalam persilatan.

Namun begitu, kanak-kanak itu mudah 'menangkap'apa yang diajar
kerana minat yang mendalam dan keinginan untuk menguasai
ilmu persilatan.

Kumpulan silat ini adalah inisiatif Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG) sekolah bagi memberikan pendedahan mengenai kesenian.

Kumpulan silat ini sering membuat persembahan dalam majlis
keraian seperti majlis perkahwinan.

SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR
MEDKOM.MY 20 OGOS 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan