Sebahagian peserta yang melawat pameran Lembaga Tembakau Negara yang mempamerkan produk dari pokok kenaf.
Peserta lawatan bergambar dalam pameran jentera pertanian yang turut mempromosikan peralatan canggih untuk petani moden. Gambar: Adisabariman
LEDANG 16 Ogos: Seramai 66 orang pekebun kecil kelapa sawit dari Bukit Gambir telah membuat lawatan ke Pameran & Persidangan Antarabangsa Komoditi Malaysia (MICCOS) yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang ( MAEPS), Selangor.
Lawatan tersebut atas jemputan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) cawangan Tangkak di mana peserta dibawa dengan dua buah bas.
Lawatan ke pameran tersebut dapat memberikan pengetahuan para pekebun kecil sawit mengenai teknologi dan maklumat terkini berkaitan komoditi Malaysia seperti kelapa sawit, getah, koko dan sebagainya.
MICCOS adalah acara perdana dalam sektor komoditi negara. MICCOS adalah satu acara dwi-tahunan yang menemukan para penggiat industri utama serta usahawan dalam sektor komoditi.
MICCOS 2009 yang dianjurkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diadakan dari 13 - 16 Ogos 2009.
Dengan tema “Komoditi Adalah Satu Industri”, MICCOS 2009 mempamerkan pelbagai produk terkini di samping pembangunan teknologi dan inovasi dalam bidang komoditi negara yang merangkumi minyak sawit, kayu-kayan, getah, koko, lada, tembakau, kenaf, jatropha dan sagu.
Pameran ini disertai oleh para pengeluar, pengilang dan pengeksport utama, di samping agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan promosi produk-produk tersebut.
Maklumat lanjut mengenai pameran ini boleh diakses melalui www.miccos.com.my.-iNFOLEDANG

Tiada ulasan:
Catat Ulasan