23 Ogos 2009

EIWAN PUASA..........

Nasi Lemak juadah berbuka puasa hari pertama..

Bukan main selera lagi Eiwan berbuka...maklumla satu hari menahan lapar dan dahaga..

Hari ini masuk hari kedua kita berpuasa..Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan pengunjung blog Wakjaman.

Semalam Eiwan, anak bujang Wakjaman puasa penuh...tahan sampai waktu berbuka walaupun banyak alasan menjelang jam-jam terakhir nak berbuka. 'Mak tak tahan la...'..'Mak pening la..'..dan bermacam lagi alasan tetapi dapat dipertahankan oleh emaknya supaya sampai ke waktu berbuka.

Mamannya dah berjanji kalau Eiwan puasa penuh nanti dapat RM50...apalagi seronok lah Eiwan..dah berangan nak beli kereta control.

Pagi tadi seperti biasa Eiwan bangun sahur...dia berselera makan..habis satu pinggan..Kakaknya yang dua orang Jieha dan Dhira pun makan tak habis.

Hari ni cuti..pergi pasar tani Bukit Gambir..Sementara menunggu emak Eiwan beli sayur, Wakjaman pergi tukar minyak hitam kereta Kancil..

Balik dah tengah hari...semua keletihan..Eiwan pun letih jugak...apalagi tidur la..

Petang tadi bangun tidur Eiwan dah merengek..'Mak boleh minum tak..'..'Mak puasa selang-selang boleh tak..'..'Mak adik haus ni..'..Emaknya pertahankan dengan bermacam-macam alasan supaya dia leka.

Lepas mandi Wakjaman ajak pasang bendera kat depan rumah..Masa pasang tak nampak kelibat Eiwan. Masa Wakjaman panjat tangga, dia muncul dan bagi tau kat Angahnya 'adik dah minum..' Waktu tu jam 7 petang..Angah pun repot kat emaknya..Terkilan betul emak Eiwan, dari pagi sampai petang boleh tahan puasa, tinggal beberapa minit lagi nak berbuka, dia curi-curi bukak peti ais minum..

Eiwan..Eiwan tak dapat la RM50 dari mamannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan