09 Ogos 2009

HAJI KARSAN ABU KEMBALI KE RAHMATULLAH

Sebahagian penduduk kampung yang menziarahi jenazah Allahyarham dan kenderaan jenazah yang membawa beliau ke Tanah Perkuburan Bukit Kundur.

Hari ini, 9 Ogos 2009, Haji Karsan Abu, penduduk Kampung Parit Kassan telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10.30 malam tadi di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar kerana sakit tua dalam usia 85 tahun (1924 - 2009).

Semua penduduk kampung ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk roh beliau.  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan