Ditulis oleh Hai Rozzaman Jalal |
Jumaat, 21 Ogos 2009 00:00 | 6 hits |
LEDANG : Atas keinginan menyebarkan warisan budaya Johor, sekumpulan tiga orang guru dari Sekolah Kebangsaan Simpang Lima Darat menubuhkan kumpulan zapin yang dianggotai oleh pelajar sekolahnya. Kumpulan yang ditubuhkan awal tahun 2007 itu terdiri daripada murid-murid Tahun 4 dan 5 sekolah itu yang mendapat bimbingan tiga orang guru - Mas Noraini Abu Samah, Siti Fatimah Geran dan Aedillah Hassan. Menurut Siti Fatimah, pada masa ini terdapat 20 orang murid mempelajari tarian zapin itu, namun yang aktif membuat persembahan seramai 8 orang. Katanya, kumpulan zapin sekolah itu sering mendapat undangan membuat persembahan dalam majlis menyambut ketibaan orang kenamaan, majlis keramaian dan perkahwinan. Tambahnya lagi, penubuhan kumpulan zapin ini juga dapat memupuk semangat cinta kepada kebudayaan sendiri. SUMBER: PORTAL KHABAR ORANG JOHOR, MEDKOM.MY |
22 Ogos 2009
LENGGOK TARI PENARI CILIK MEMPESONAKAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan